Total Pageviews

Thursday, November 13, 2014

ADAKAH SUCRALOSE SELAMAT ?

Sucralose adalah salah satu pemanis bukan nutrisi yang terdapat di pasaran. 
Namun, selepas pelbagai kajian dibuat Sucralose didapati mempunyai banyak kesan negatif kepada kesihatan manusia.


Apa yang perlu anda tahu ?

# Sucralose bukan tiada kalori tetapi disebabkan kemanisannya adalah 600 lebih manis daripada gula maka memerlukan sangat sedikit sahaja.

#  Proses kimia digunakan untuk menghasilkan Sucralose dari Sucrose dimana menjadikan Sucralose sebagai chlorocarbon (Toksid dan karsinogen).

# Chlorocarbon dalam Sucralose sama dengan pesticide (racun seranggan) seperti DDT.

# Sebanyak 15% Sucralose diserap oleh badan tetapi tidak dikenal pasti berapa jumlah klorin yang tertinggal dalam badan dan berapa yang dikeluarkan dari badan.

# Sucralose adalah bahaya kepada kesihatan 
(Klik di sini)




So, 
Adakah Sucralose selamat ?
Jawapannya adalah bergantung kepada individu.
Jika anda merasakan Sucralose selamat anda terus gunakan tetapi jika anda yakin Sucralose tidak selamat tinggalkan.


Tuesday, November 11, 2014

APAKAH KESAN PEMANIS TIRUAN KEPADA KANAK-KANAK ?

Generasi Anda (Gambar Contoh)

Adakah anda sayangkan anak-anak dan generasi anda ?
Jika ya, sebaiknya anda jauhi pemanis buatan atau tiruan dari sekarang..

KENAPA?

Kebiasaannya, kanak-kanak akan mengikut cara pemakanan org dewasa terutama ibu bapa.
Tetapi sebagai ibu bapa, salah satu matlamat pemakanan yang paling penting dalam masa terawal adalah untuk membentuk selera anak anda. 


Anda mahu anak anda lebih suka rasa manis semulajadi atau rasa kimia pemanis buatan ?
Pastinya Tidak bukan!

Jika anda berikan pemanis buatan atau tiruan di awal usia, 
apabila mereka membesar mereka berfikiran makanan mempunyai rasa seperti rasa kimia pemanis buatan dan menjadi kebiasaan untuk mereka.


Apa Kesan Sucralose (Pemanis Tiruan/Buatan) kepada kanak-kanak ?
~ Berisiko mengganggu neurologi kanak-kanak.
~ Lebih cenderung membangunkan gangguan mental dan fizikal.
~ Menambahkan berat badan kanak-kanak 


Kanak-kanak ini ibarat kain putih,
anda lah yang bakal mencorakkan kehidupan mereka.

Friday, November 7, 2014

JAUHI SUCRALOSE UNTUK MASA DEPAN

Sucralose merupakan antara pemanis yang berbahaya kepada kesihatan manusia. 
Pelbagai bentuk pemanis sucralose yang ada di pasaran sekarang. 
Tetapi, masih lagi ada segelintir yang tidak hiraukan akan kesannya.
Itu terpulang pada individu !

Apa kata sebelum anda membeli pemanis untuk diri dan keluarga anda,
Cuba baca dan tanya pada diri anda soalan di bawah ini :

ADAKAH ANDA MAHU....

# Mengelakkan sesuatu penyakit dan mengekalkan kesihatan yang baik pada tahun-tahun kemudian ?

# Menyelamatkan anak anda daripada keracunan secara perlahan dari toxin tersembunyi dalam makanan ?



# Berseronok bersama cucu cicit anda ?

# Menghindari gejala penyakit kesihatan yang tidak pasti yang menjadi persoalan kepada doktor anda?

# Memiliki keluarga bahagia dan sihat ?



Sebelum anda membuat keputusan fikirkan apa yang terbaik untuk masa akan datang.
Anda adalah penentu kepada 
Diri, Keluarga dan Generasi 

Jauhi Sucralose !


Monday, November 3, 2014

REALITI SUCRALOSE

Pengganti Gula

Sucralose adalah penambah rasa manis dalam makanan, minuman dan masakan. Sucralose merupakan pemanis tiruan yang terhasil melalui proses kimia.

Apa yang anda perlu tahu tentang Sucralose :

1. Pengeluar menyatakan Sucralose tidak metabolized dan tidak diserap dalam badan.
    tetapi realitinya Sucralose diserap dan dimetabolize di dalam badan.

2. Terdapat maklumat data farmakokinetik bagi haiwan dan manusia dari kesan sucralose tetapi tidak
    dapat mengagak berapa jumlah pengambilan oleh manusia secara realitinya.

3. Sucralose mengandungi klorin. Kebanyakan pengguna tidak kisah akan kehadiran klorin dalam
    sucralose kerana bagi mereka klorin di dalam sucralose dianggap sama seperti klorin dalam
    makanan lain. Tetapi, realitinya sucralose bukan semulajadi, ianya pemanis tiruan berkimia.  Isu
    ini tanya pada diri anda, adakah anda sanggup biarkan diri anda makan makanan berkimia?


Struktur Sucralose

4. Banyak kajian yang telah dijalankan ke atas sucralose. Terpulang kepada anda untuk membuat
    kesimpulan terdapat apa yang anda ambil.


** Pengganti gula Sucralose atau juga dikenali sebagai ibu gula/ E955/ Gula tiruan
** Di Malaysia, terdapat banyak pengeluar yang meletakkan sucralose dalam kandungan pemanis
     yang dihasilkan. Jadi, berhati-hati semasa membuat pilihan.
** Nak tahu boleh baca di sini.