Hari ini kita akan berkongsi ilmu tentang Gula Ekstrak tebu.
Dalam entry sebelum ini, saya ada share tentang Sucrose vs Sucralose !
Dan hari ini kita pergi lebih lanjut ke arah Sucrose pula.
APA ITU SUCROSE ?
Seperti mana telah diterangkan dalam Sucrose vs Sucralose sebelum ini, sucrose adalah gula yang terhasil dari ekstrak tebu atau beet. Sucrose terdiri daripada kira-kira setengah glukosa dan fruktosa.
BAGAIMANA SUCROSE DIHASILKAN ?
Terdapat pelbagai jenis gula sucrose antaranya :
- Gula mentah pasir, pepejal, atau kasar. Ia adalah berwarna perang. Gula mentah adalah sebahagian pepejal yang terhasil apabila cecair daripada jus tebu disejat.
- Gula perang diperbuat daripada kristal gula yang diperolehi dari sirap pekat.
- Gula Serbuk adalah gula yang dikisar halus dari sucrose.
- Gula Turbinado adalah gula tidak bertapis yang diperbuat daripada jus tebu.
Pelbagai Jenis Gula |
ADAKAH GULA SUCROSE TIADA KALORI ?
Tidak, gula sucrose masih lagi mengandungi kalori.
ADAKAH SUCROSE SAMA DENGAN SUCRALOSE ?
Tidak sama kerana Sucralose mengandungi atom klorin dalam strukturnya. Tetapi hakikatnya, sucralose berasal dari sucrose. Sucralose adalah gula modified supaya ianya tiada kalori.
Setakat ini untuk hari ini ~
Nantikan lagi info di next entry ~
No comments:
Post a Comment