Total Pageviews

Tuesday, December 23, 2014

SUCRALOSE RASA MACAM GULA TAPI BERACUN

Kenapa Sucralose rasa seperti gula?

Ini kerana sucralose dihasilkan daripada gula (Sucrose) secara proses kimia iaitu pengklorinan.

Di bawah ini adalah struktur bagi gula dan sucralose. Apakah perbezaan yang anda nampak?


Struktur Gula (Sucrose)



Struktur Sucralose

Dalam gambar di atas, 3 atom hidrogen digantikan dengan 3 atom klorin. 
Ini dinamakan proses pengklorinan.

Secara realiti, 
sucralose adalah sebatian racun perosak organoklorin yang sama dengan DDT, PCBs dan bahan-bahan bahaya lain.

Sucralose sememangnya terbukti bahaya.
Sanggupkah anda racun diri sendiri?
Tanya pada diri sendiri.

Wednesday, December 10, 2014

PEMBONGKARAN SUCRALOSE/IBU GULA/TEBU HITAM

Kenali Sucralose
Sucralose adalah gula kimia yang diproses melalui pengklorinan gula (Sucrose).
E number: E955
Nama Lain yang digunakan: Ibu gula, gula tiruan, gula tebu hitam, 
HS Code: 29321990, 2932900
Pengeluar:
1) US pengeluar pertama (Splenda)
     - 600 kali lebih manis dari gula

2) China pengeluar kedua 
     - 400 kali lebih manis dari gula


Bahaya Sucralose

  • Masalah gastrousus
  • Sawan, pening, migrain
  • Penglihatan kabur
  • Reaksi alahan
  • Peningkatan gula dalam darah dan berat badan
  • Ketoksikan
  • Kerosakan DNA
  • Meningkatkan potensi karsinogen apabila digunakan dalam masakan

Bagaimana pengeluar (Cth, P3 Sweetener, Rcc Sweetener, Pengganti Gula Anugerah dll) lakukan?
Hasilkan produk sendiri menggunakan sucralose tetapi menyembunyikan hakikat.
Caranya:
  1. Beli sucralose secara pukal dari China
  2. Larutkan dalam air.
  3. Tambah sedikit stevia/tebu hitam/penambah perisa.
  4. Kemudian botolkan untuk dipasarkan.

Nak tahu cara lagi murah?
Jika kita tidak kisah akan bahaya sucralose, boleh buat sendiri dirumah. Lagi murah.
Caranya: 
  • Beli sucralose dari China (Anggaran jika beli 10kg dapat RM200-RM350 per kg)
  • Larutkan dalam air dan kacau. Siap! (Nisbah rasa, 1kg sucralose = 4kg gula)
  • Jika nak jual pun boleh, beli botol dan botolkan. Siap untuk dijual!

Kenapa mereka tidak menjelaskan kandungan sebenar ada sucralose?
Jika dipaparkan perkataan Sucralose, orang ramai boleh tahu bila search di internet tentang kesan Sucralose. Bila tahu bahaya mesti orang ramai takut untuk membeli. Ini akan menjejaskan perniagaan mereka. INI REALITI SEKARANG!


KESIHATAN ANDA, ANDA TENTUKAN!

Monday, December 8, 2014

BAHAYA PEMANIS TIRUAN (SUCRALOSE)

Sebelum ini, saya ada post mengenai satu pengunjung di MAHA 2014 yang berkongsi pengalaman menggunakan produk pemanis dimana saya singgah di satu Booth.


Beliau bercerita bahawa sebelum ini ada menggunakan pemanis ini, kemudian selepas 6 bulan beliau mendapati kencing manis lagi tinggi. Dan dengan segera beliau berhenti menggunakan pemanis tersebut kerana takut memudaratkan lagi.

Pemanis yang dinyatakan adalah RCC ini.

Ini produk yang ditunjukkan
Jika benar apa yang dikongsikan saudara itu, mungkin akan ada lebih ramai lagi yang akan mengalami situasi yang sama.

Sepatutnya, pihak pengeluar perlu menyatakan dengan lebih jelas lagi status kandungan bahan yang digunakan supaya tidak merbahayakan pengguna. 
Sebagaimana yang dikongsikan dalam post sebelum ini, banyak produk pemanis memperdayakan pengguna..


BERWASPADALAH!
Kemungkinan produk yang anda guna sekarang mempunyai situasi yang sama.
Mungkin kesannya bukan sekarang tapi masa akan datang siapa tahu.