Total Pageviews

Thursday, August 28, 2014

BERHATI-HATI DGN PEMANIS SUCRALOSE !

Entry kali ini berkisr tentang kemusykilan dari produk pemanis pengganti gula.

Ini adalah contoh dari beberapa produk.


Contoh 1
Ini adalah label yang tertera pada kotak pembungkusan produk Pengganti Gula Anugerah. Cuba perhatikan apa yang ditulis ?

Perkataan sucralose bukan. Ini menunjukkan produk ini mengandungi sucralose. 

Bagi yang belum tahu apa itu sucralose boleh baca di sini


Contoh 2
Ini maklumat pada botol RCC Sweetener, produk gula dari stevia. 
Stevia adalah tumbuhan semulajadi yang baik digunakan sebagai pengganti gula tetapi apa bezanya produk ini ?

Pada label ada tak nampak tulis alamat tempat pembuatan ?
TIADA !

Cuba anda fikirkan,
Produk ini menyatakan ianya dihasilkan menggunakan teknologi nano
tapi dimana dihasilkan ?

Anda boleh renungkan dan selamat membuat pilihan ~

Ini saja untuk hari ini..
Jumpa next entry !

Sunday, August 24, 2014

KENAPA PERLU JAUHI SUCRALOSE ?

Pernah tak guna semua ini??
Pengganti Gula


Kalau pernah sebaiknya STOP sekarang sebabnya semua ini adalah SUCRALOSE/IBU GULA/E955/GULA TIRUAN.

SANGAT BAHAYA !

Nak tahu kenapa sucralose bahaya?
Tengok video ini.


Sumber dari http://drstevia.blogspot.com/2014/07/reasons-to-avoid-artificial-sweeteners.html

Monday, August 18, 2014

KENAPA PILIH STEVIA ?

Sucralose vs Stevia?

Stevia atau Sucralose
Persamaan antara Stevia dan Sucralose (Ibu gula/ gula tiruan/ E955) ialah kedua-duanya tiada kalori dan berkali ganda lebih manis daripada gula asal. Namun begitu, keduanya juga mempunyai banyak perbezaan.
Mari kita tengok apa perbezaannya !

Sucralose

Sucralose adalah bahan yang benar-benar tiruan yang dihasilkan dan dibuat dengan menambah tiga atom klorin dalam molekul sukrosa (gula). Proses pembuatan melibatkan penggunaan banyak bahan kimia, termasuk trityl klorida, anhidrida asetik, thionyl klorida dengan kehadiran dimethylformamide, 4-methylmorpholine dan metil isobutil keton. Produk akhir, sucralose, adalah chlorocarbon kimia buatan manusia yang mempunyai rasa yang manis.

Antara kesan selepas pengambilan sucralose adalah:

  • Ruam kulit
  • Sesak nafas
  • Bersin
  • Bengkak
  • sakit kepala
  • kembung
  • mual
  • sakit sendi
  • kebimbangan
  • kemurungan



Stevia

Stevia (Stevia rebaudiana) merupakan tumbuhan asli kepada Paraguay dan Brazil, walaupun ia mudah tumbuh di banyak kawasan di dunia. Ia telah digunakan untuk rasa manis selama berabad-abad dan merupakan herba perubatan tradisional untuk gangguan obesiti dan gula darah. Stevia adalah 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula, tidak mempengaruhi paras glukosa darah dan dianggap selamat untuk pesakit kencing manis.

Berdasarkan kajian,  selain menghasilkan rasa mani stevia juga memberikan pelbagai manfaat kesihatan antaranya:

  • Mengurangkan gula darah pada pesakit dengan diabetes jenis 2
  • Meningkatkan rintangan insulin, tindakan anti-radang dan imun sokongan. 
  • Boleh didapati sebagai diet tambahan 
  • Antioksidan dan melindungi hati serta buah pinggang daripada kerosakan 
  • Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk, termasuk keseluruhan daun (hijau), ekstrak cecair (coklat) dan serbuk (putih).

Berdasarkan keterangan berikut, dapat dirumuskan bahawa Stevia adalah pilihan yang terbaik untuk dijadikan sebagai pemanis pengganti gula kerana sifat semulajadinya yang asli manis dan juga memberikan kesan yang positif kepada pengguna.

Jadi,

Pilihlah Stevia pengganti gula anda !

Gula Stevia

Wednesday, August 13, 2014

PILIHAN TEPAT?

KESIHATAN berkait rapat dengan KEHIDUPAN
Ini kerana
Kesihatan adalah sangat penting bagi seseorang itu untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
Kesihatan yang baik bermula dengan pengambilan makanan yang baik.
Elakkan pengambilan makanan yang tidak baik sebagaimana gambar di bawah ini

Pemanis Tiruan yang mengandungi Sucralose
ATAU

Stevia Drop semulajadi dari daun stevia

Pemanis adalah antara elemen penting dalam suatu makanan atau minuman 
Pemanis tiruan ini bahaya untuk kesihatan disebabkan kandungan sucralose yang ada di dalamnya
Namun begitu, pengeluar tidak menyatakan dengan terperinci pada senarai kandungan..

Kenapa tidak nyatakan?
Sedangkan sebagai pengeluar, mereka perlu menyatakan dengan jelas setiap isi kandungan setiap produk untuk memberitahu pengguna. Dan sebagai pengguna kita mempunyai hak untuk mengetahui setiap isi kandungan produk yang kita guna.

Adakah anda rasakan sudah membuat satu pilihan yang tepat untuk kesihatan anda?
Sebagai pengguna kita perlu memilih yang terbaik untuk diri kita.
Jadi, saya cadangkan seeloknya tukar produk anda kepada produk yang lebih selamat dan semulajadi..
Anda yang tentukan untuk diri anda.

Monday, August 11, 2014

INFO BAHAYA SIRAP JAGUNG FRUKTOSA TINGGI

Sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) adalah sejenis bahan pemanis yang diproses secara menyeluruh dari jagung ubahsuai genetik. Ia kebanyakannya diimport dari Amerika kerana Amerika merupakan pengeluar dan pengeksport HFCS terbesar di dunia.

Ia bukan saja untuk kegunaan makanan manusia dan haiwan malah terdapat dalam hampir semua produk kegunaan seharian seperti minyak enjin, gris, cat,
 pelekat, plastik, minyak wangi, bateri, peluru, bahan peletup dan banyak lagi yang tidak boleh anda bayangkan. Jagung yang digunakan juga bukan dari spesis jagung yang boleh dimakan manusia tetapi diproses terlebih dahulu.


HFCS sepatutnya disenaraikan dalam senarai teratas sekali sebagai kandungan bahan makanan yang merbahaya kerana ia tiada serat dan mengubah sifat glukos kepada fruktos yang lebih manis. Ia juga mengandungi kalori yang tinggi. Ia lebih murah dari gula tebu, kerana itu ia digunakan secara meluas sebagai menggantikan gula dalam banyak produk makanan. Tanpa serat dan nutrien semulajadi, ia terserap terus ke dalam darah. Kesan negatif antaranya menyah-nutrien dari tubuh. Ia menyebabkan obesiti dan menambah rasa lapar.

Bagaimana ia membuatkan anda lapar? Sirap jagung menghalang pengeluaran leptin protin yang memberi isyarat kepada otak bahawa anda berasa kenyang. Pada masa yang sama, ia tidak mengeluarkan ghrelin - unsur yang memberitahu bahawa anda sedang lapar. Akhirnya, anda makan secara berterusan. Ia memberi faedah kepada pengeluar makanan dengan menjual produk tanpa had.

Pada kajian yang lain, HFCS merosakkan tisu dan menyumbang kepada diabetes. Setin minuman mengandungi sekurang-kurangnya 5 kali ganda pemanis dari gula tebu. Dalam kebanyakan produk, pengusaha menyembunyikan istilah HFCS disebalik nama sirap jagung, pemanis semulajadi, sirap glukosa, fruktosa, fruktos buah-buahan, sukrosa, pekatan jus buah-buahan, pemanis jagung atau dekstrosa.



Kenapa Sirap Jagung Fruktosa Tinggi bahaya:
  •       Risiko Besar Kenaikan Berat Badan dan Obesiti – Kajian daripada Princeton University mendapati tikus yang diberi makan HFCS naik lemak sebanyak 300% lebih cepat berbanding yang diberi makan sama (atau lebih sedikit) hidangan gula buah-buahan.
  •       Meningkatkan risiko pembangunan Diabetes Type-2 – Penggunaan HFCS boleh membawa kepada peningkatan besar dalam kemungkinan mendapat diabetes.
  •       Tekanan Darah Tinggi dan Meningkatkan Tahp Kolesterol “Tidak Baik” – HFCS bukan sahaja membuat lemak badan tetapi juga lemak jantung. Ini akan menyebabkan plak arteri terbina dan membawa kepada masalah jantung termasuklah tekanan darah tinggi, sakit jantung dan juga strok.
  •        Sirap Jagung Berfruktosa Tinggi dan Kerosakan Hati – Hati, buah hempedu dan buah pinggang memproses HFCS. Dan ia terutama merosakkan hati anda.
  •       Pendedahan Mercury dari HFCS – Pendedahan Mercury boleh menyebabkan otak tidak dapat dipulihkan dan kerosakan sistem saraf.

Thursday, August 7, 2014

KEBAIKAN STEVIA

Stevia adalah pokok renek Afrika Selatan yang berasal dari Paraguay yang mana daunnya digunakan sebagai pemanis lebih daripada seribu tahun oleh masyarakat Guarani Indian.

Pokok stevia
Bahan utama dalam stevia adalah Stevioside dan Rebaudioside, dan kedua-dua bahan mempunyai banyak manfaat, yang sering dikaitkan dengan kalori bebas dan potensi kemanisan yang tinggi berbanding gula.

Antara kelebihan stevia adalah:

  • Mempunyai sifar kalori
  • Bukan toksik 
  • Karbohidrat sifar  
  • Memberi manfaat untuk penyakit kencing manis, obesiti, tekanan darah tinggi, kaviti gigi, dan tidak menimbulkan hiperglisemia 
  • Ia adalah semula jadi, alternatif yang sihat untuk semua gula dan pemanis kimia seperti aspartame dan sakarin.

Maknanya, sekarang kita boleh menukar produk gula kita kepada gula stevia yg mana lebih SELAMAT berbanding pemanis tiruan/sucralose/ibu gula. Walaupun rasa stevia tidak sama seperti gula tapi ianya tidak memudaratkan pengguna.

Lagipun produk dari stevia lebih MURAH berbanding produk pemanis tiruan yang lain. 

Elakkan penggunaan sucralose demi masa depan generasi akan datang. 

"Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati".

Wednesday, August 6, 2014

KENAPA SUCRALOSE BAHAYA?

Di sini saya nak share sedikit info tentang sucralose.

10 sebab kenapa sucralose bahaya?

1. Sucralose adalah bukan semulajadi. Ianya pemanis tiruan berklorin dimana dihasilkan secara kimia dengan menambahkan atom klorin.

2. Sucralose boleh menghasilkan bahan kimia penyebab kanser. Sebatian karcinogenik dioksin dihasikan bila sucralose dipanaskan

3. Sucralose meningkatkan risiko Penyakit Radang Usus IBS).

4. Sucralose boleh menggalakkan kepada penyakit diabetes. Walaupun sucralose boleh menambahkan kandungan gula dlm darah, peningkatan 20% dalam paras insulin dan penurunan 7% pada pembersihan insulin, penunjuk penurunan sensitivity.

5. Sucralose menjadikan diabetes semakin teruk. Bagi yg mengidap diabetes pastinya akan guna sucralose utk elakkan gula. Tetapi, sucralose menunjukkan peningkatan hemoglobin dalam pesakit kencing manis.

6. Sucralose adalah punca kpd penyakit migrain.

7. Sucralose menyebabkan kerosakan limpa di mana akan mengurangkan berat limpa.

8. Sucralose boleh menyebabkan kerosakan pada sistem imun iaitu kalenjar thymus.

9. Sucralose boleh menyebabkan kerosakan DNA.

10. Sucralose boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

Tuesday, August 5, 2014

OH BAHAYANYA GULA TIRUAN (SUCRALOSE)

# SUCRALOSE sama juga IBU GULA, juga GULA TIRUAN, juga E955


BAHAYA!! 
Ini semua Sucralose..





Untuk Pengetahuan, dimana syarikat yang mengeluarkan produk ini sudah pun tiada. Mereka menghasilkan produk dari stevia katenya tetapi selepas diuji ianya mengandungi 0.01% sahaja stevia. HATI-HATI !


Kesimpulanya,
Harga = MAHAL,
Kesihatan = BAHAYA = SUCRALOSE,

Jadinya, 
kenapa kita tidak pilih yang lebih semulajadi dan selamat??
Sekarang pun ada je produk pengganti gula yg semulajadi dari tumbuhan.
Fikir-fikirlah dan selamat membuat pilihan.

SEKADAR PERKONGSIAN DARI PENGALAMAN!!

Saya adalah pengguna seperti anda juga. Saya seorang yang gemar makan, maknanya dalam seharian saya perlukan gula. Setelah menyedari kesan penggunaan GULA kpd kesihatan, saya mula mencari alternatif lain utk menggantikan gula. Saya sudah pun mencuba pelbagai produk pengganti gula yg ada dipasaran tetapi kesemuanya tidak memuaskan di mana memberikan kesan negatif kepada diri saya.

Antara kesan yang pernah saya alami termasuklah:
  • Sakit tekak
  • Alergik
  • Berat badan naik
  • Makin kuat nafsu makan

Sehinggalah saya terjumpa satu produk yg betul-betul baik dan selamat untuk diri saya. Sampai sekarang saya suka guna manisan dari stevia ini. Sememangnya 100% semulajadi dari pokok stevia dan tiada kesan sampingan. Tambahan harganya pun murah. 

Inilah yang saya guna sekarang!


Blog ini saya hasilkan sebabnya saya rasa perlu bagi saya berkongsi pengalaman yang saya dapat ini. Ini sekadar perkongsian dari saya, bukan semata mahu promote produk. Oh! tidak sama sekali...apa yg saya dapat mempromosikan produk org.

Tetapi, saya rasa perlu juga anda tahu untuk kebaikan bersama. Terpulang kepada anda mahu ambil ini sabagai perkara yg positif atau negatif. Saya hanya berkongsi ilmu.

Mana yang baik ikut, Mana yg tak baik tinggalkan!