Total Pageviews

Thursday, October 30, 2014

PEMANIS SEMULAJADI VS PEMANIS TIRUAN

Adakah anda tahu apakah pemanis yang anda gunakan di rumah ?
Dalam kategori mana gula yang digunakan ?
Semulajadi atau tiruan ?

Cuba anda check di dapur anda sekarang..

Jika ianya

SEMULAJADI
Anda di zon selamat !
Tetapi tidak semua semulajadi itu baik dan selamat untuk kesihatan.

Contohnya; 
Madu menghasilkan gula yang semulajadi tetapi kandungan kalori yang tinggi menyebabkan ia tidak selamat untuk diambil secara berterusan.

**Kategori gula sebenarnya dipecahkan kepada banyak bahagian. 


dan jika ianya

TIRUAN 
Anda mungkin merbahayakan diri anda sendiri.
Kenapa ?
Sebab nama pun tiruan, so untuk hasilkan pemanis tiruan ini pelbagai modification dilakukan supaya ianya TIADA KALORI, RASA SEPERTI GULA, LEBIH MANIS DARI GULA.

Contohnya;
Sucralose - dihasilkan dari sucrose secara kimia dengan penambahan atom klorin.


Jadi,
Mana satukah anda gunakan ?


Saya sharekan beberapa link yang boleh memberikan banyak lagi info tentang gula:



Sumber: Youtube

Monday, October 27, 2014

PEMANIS TIRUAN BAHAYA KEPADA KESIHATAN

Sepertimana yang kita semua tahu,
terlalu banyak produk gula yang ada sekarang untuk menggantikan gula.
Namun begitu, kebanyakannya juga sama sahaja kesannya dengan gula malah ada yang lagi bahaya.

Post saya sebelum ini ada kongsikan mengenai jenis gula (Klik link dibawah)


Dalam post kali ini saya kongsikan satu video dari youtube mengenai Bahaya Pemanis Tiruan..






Thursday, October 23, 2014

HELAH UNTUK TARIK PELANGGAN

Pernah tak anda perasan pada sesetengah packaging produk makanan ada perkataan
"No sugar", "Less sugar", "Sugar-Free"
dan banyak lagi istilah yang digunakan.
Biasanya bagi yang tengah menjaga kesihatan pasti akan menitikberatkan benda ini..

Anda nak tahu ?
Sebenarnya apa yang dinyatakan itu bukanlah 100% betul..


Ok, sebagai contoh:

No sugar / Sugar-free
Ini maksudnya product itu tidak mengandungi gula.
Memang tiada gula tapi mereka menggunakan gula tiruan, 
gula alkohol atau mana-mana pemanis selain gula.


Dietetic
Maksudnya produk itu tiada kalori.
Tapi tidak pula dinyatakan secara spesifik.

Natural product
Ini menunjukkan produk itu adalah dari bahan yang semelajadi.
Sebenarnya jumlah bahan semulajadi sedikit sahaja 
yang digunakan.


Banyak lagi sebenarnya istilah yang digunakan oleh pengeluar.
Mereka tidak menggunakan perkataan sebenar untuk menunjukkan Ingredients sebenar
Sebabnya untuk tarik perhatian pelanggan.

Ini pula contoh produk yang mengelirukan pengguna..

P3 Sweetener
Mereka menyatakan bahawa produk ini bukan stevia, bukan sucralose, bukan sintetik
Habis itu produk ini sucrose (Gula) ?
atau Modified sugar ?

Royal Sweetener

Produk ini pula dinyatakan bahawa dihasilkan dari ektrak stevia dan air RO.
Jika rasa pemanis ini sama seperti gula bukan rasa stevia.
Rasa stevia sangat pahit.
Saya tahu rasa stevia sebab saya sudah rasa semua produk pemanis
dalam atau dari luar negara.
Saya juga ada tanam stevia di rumah.


Ini adalah realiti,
Kita ada pilihan..
Dan pilihlah yang betul..

Wednesday, October 22, 2014

BANYAKNYA GULA BAHAYA!

Sejak betukar-tukar pengganti gula sebelum ini,
banyak juga la pengalaman merasa pelbagai jenis gula.
So, saya rasa  nak kongsikan pandangan saya mengenai produk2 pemanis tiruan yang ada skrg.

Pada mulanya, saya sama seperti anda semua guna gula biasa dalam seharian.
Ada suatu hari tu saya terbaca lah tentang effect pengambilan gula ni dalam satu artikel.
Ish, takut juga bila tahu tentang tu.

Then, saya mulakan lah misi saya..
hehe
Saya search apa alternatif boleh saya guna untuk gantikan gula.
Sepanjang misi saya tu, banyak juga lah info yang dapat. 
Rupanya ada banyak jenis gula.

Banyak sangat lau nak disenaraikan. 
Tapi saya boleh ringkaskan kpd kategori berikut:
1. Gula biasa
2. Gula alkohol
3. Gula modified
4. Pemanis semulajadi
5. Pemanis tiruan

Setiap satunya pula mempunyai banyak jenis gula lagi.
Sebagai contohnya:
1. Gula biasa - dextrose, fructose, glucose, sucrose dll
2. Gula alkohol - xylitol, sorbitol, mannitol dll
3. Gula modified atau ekstrak - sirap jagung, gula tebu,  dll
4. Pemanis semulajadi - brazzein, curculin, stevia, dll
5. Pemanis tiruan - aspartame, sucralose, saccharine, dll


Pemanis tiruan

Dari satu persatu dikeluarkan dan diluluskan tetapi sampai masa di sahkan tidak selamat digunakan.
(Maksudnya berbahaya untuk kesihatan sama macam gula biasa juga).
Bertukar lah dari satu jenis gula kepada gula yang lain lagi.

Dan dari banyak-banyak yang dicuba mula lah berkesan dengan pemanis semulajadi.
Akhirnya, ketemu juga yang betul-betul diinginkan dan selamat untuk kesihatan semua.

Untuk itu,
 saya cadangkan bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk menggantikan gula
anda pilihlah yang semulajadi kerana kita pun sedia maklum apa shj yang tiruan atau modified sememangnya tidak selamat. 
Ianya mengandungi bahan kimia.

Namun begitu, tak semua Indah Khabar dari Rupa.
Baca di sini.


Wednesday, October 15, 2014

JANGAN AMBIL MUDAH !

Sebelum ini saya ada sharekan mengenai kandungan gula dalam beberapa jenis makanan..
Adakah anda sudah kira berapa banyak kandungan gula yang anda ambil dalam sehari ?

Banyak atau sedikit jangan ambil mudah !



Kenapa ?

Sebabnya gula yang diambil itu boleh membahayakan kesihatan anda.

(Boleh rujuk sini)

Tapi perlu juga berhati-hati !

Sekarang pengganti gula dengan stevia makin popular di pasaran. 
Namun, bukan semua pengganti gula yang ada adalah betul-betul 100% dari stevia.
Ada produk yang menggunakan nama stevia tetapi kandungannya jauh sekali beza rasanya dengan stevia. Kandungan stevia ditambah dengan sucralose dan dinamakan produk stevia.
Pelik tapi itulah realitinya..

BERHATI-HATI !

Bagaimana membezakan stevia dan sucralose ?
Stevia mempunyai rasa agak pahit dan kurang enak berbanding gula/sucralose.

Jika anda rasa produk stevia tapi rasanya manis seperti gula maknanya itu bukan stevia.
Itu adalah sucralose.

Sekali lagi Peringatan !!

Thursday, October 9, 2014

BERAPA BANYAK GULA YANG ANDA AMBIL SEHARI ?

GULA ? 
Semua tahu apa itu gula. 
 
Hampir semua masakan, makanan dan minuman mengandungi gula.
Dan semua sedia akan kesan pengambilan gula berlebihan.
Tetapi, 

Di Malaysia gula tetap menjadi pilihan dalam masakan mahupun minuman.
Sudah menjadi kebiasaan.

BERAPAKAH SUKATAN GULA ANDA AMBIL UNTUK SEHARI ?

Mengikut sumber pakar, maksimum pengambilan gula yang perlu diambil sehari adalah:
# Lelaki - 150 kalori/hari (37.5 gram atau 9 sudu teh gula)
# Wanita - 100 kalori/hari (25 gram atau 6 sudu teh gula)


Berikut adalah nilai sukatan gula dalam makanan dan minuman.
Anda boleh kira berapa banyak gula yang anda ambil..

GULA DALAM COKLAT BAR:
* Sukatan = sudu teh gula

Mengandungi gula yang sangat tinggi
  • Milk chocolate bar (44g) - 5.75
  • Snickers bar (57g) - 7 
  • Milky Way bar (58g) - 8.5
  • Marshmallows (100g) - 14.5 
  • Caramel piece (10g) - 1.7 
  • Butterfinger bar (60g) - 6.9
  • Dove chocolate bar (37g) - 5
  • Starburst packet (45 grams) - 5.5
  • Twix bar - 2.75 
  • M&Ms packet (45 grams) - 5.75 
  • Boiled sweets bag (100 grams) - 11.5 

GULA DALAM MINUMAN RINGAN:
* Sukatan = sudu teh gula

Coca cola mengandungi 7 sudu teh gula
  • Coca cola (1 tin) - 7 
  • Red Bull (1 tin) - 7.5 
  • Lemonade (1 gelas) - 5.5
  • Orange squash (1 gelas) - 2.5 
  • Hot chocolate (1 cawan) - 4.5 
  • Fruit smoothie (1 gelas) - 3.5

GULA DALAM BUAH-BUAHAN:
*Sukatan = sudu teh gula (per 100g)

Buah-buahan mengandungi sejenis gula fructose.
  • Mangga - 3.2 
  • Pisang - 3 
  • Epal - 2.6 
  • Nanas - 2.5 
  • Anggur - 4 
  • Lemon - 0.6 
  • Buah kiwi - 2.3 
  • Aprikot - 2.3 
  • Strawberi - 1.3 
  • Raspberi - 1
  • Blueberry - 1.7 
  • Cranberry - 1 
  • Tomato - 0.7 

GULA DALAM PENCUCI MULUT:
*Sukatan = sudu teh gula

Satu Bahagian kecil mengandugi lebih dari 2 sudu teh gula
  • Pai Banoffee (1 bahagian medium) - 4.25 
  • Kek lobak merah (1 keping medium) - 3 
  • Custard (1 bahagian medium) - 3.25 
  • Chocolate mousse (1 bahagian medium) - 3 
  • Cornetto (1 kon) - 3 
  • Donut (1 jem donat) - 3.5 
  • Pai buah-buahan (1 bahagian medium) - 3.5 
  • Kek buah-buahan (1 keping medium) - 5  
  • Muffin (satu cip coklat muffin) - 4.75
  • Ais krim (1 sudu) - 3  
  • Puding beras (1 bahagian) - 3.75 
  • Kek span (1 keping sederhana) - 5.5 
  • Swiss Roll (1 roll) - 2.5

Adakah anda sudah tahu berapa jumlah gula anda dalam sehari ?
Lebih atau kurang ?
Kalau kurang masih lagi ok dan kalau lebih perlu dikawal dari sekarang.

Atau jika masih lagi sukakan manis cari alternatif lain yang lebih selamat.

Sekian~

Thursday, October 2, 2014

APA BEZA SUCROSE, SUCRALOSE & CAN SUGAR ?

Banyak info tentang gula yang belum kita ketahui kan...
Melalui blog ini anda secara tidak lansung akan menambah pengetahuan tentang gula, keperluan seharian kita.

Entry kali ini saya kongsikan perbezaan pemanis 
Sucrose, Sucralose dan Can Sugar (Gula tebu)

Ini hasil daripada ape yang saya dapat selama kajian dibuat....




Apa yang dapat disimpulkan ?
Gula tebu, Sucrose dan Sucralose tidak banyak beza.

Tapi, apa yang membimbangkan
semuanya kesan hampir sama dari aspek kesihatan.

Gula tebu = Sucrose = Sucralose

Dan ini adalah contoh produk yang ada di pasaran yang pernah saya cuba dahulunya yang mengandungi kesemua bahan di atas:

Harap apa yang dikongsikan dalam entry kali ini memberikan manfaat kepada semua..