Total Pageviews

Wednesday, October 22, 2014

BANYAKNYA GULA BAHAYA!

Sejak betukar-tukar pengganti gula sebelum ini,
banyak juga la pengalaman merasa pelbagai jenis gula.
So, saya rasa  nak kongsikan pandangan saya mengenai produk2 pemanis tiruan yang ada skrg.

Pada mulanya, saya sama seperti anda semua guna gula biasa dalam seharian.
Ada suatu hari tu saya terbaca lah tentang effect pengambilan gula ni dalam satu artikel.
Ish, takut juga bila tahu tentang tu.

Then, saya mulakan lah misi saya..
hehe
Saya search apa alternatif boleh saya guna untuk gantikan gula.
Sepanjang misi saya tu, banyak juga lah info yang dapat. 
Rupanya ada banyak jenis gula.

Banyak sangat lau nak disenaraikan. 
Tapi saya boleh ringkaskan kpd kategori berikut:
1. Gula biasa
2. Gula alkohol
3. Gula modified
4. Pemanis semulajadi
5. Pemanis tiruan

Setiap satunya pula mempunyai banyak jenis gula lagi.
Sebagai contohnya:
1. Gula biasa - dextrose, fructose, glucose, sucrose dll
2. Gula alkohol - xylitol, sorbitol, mannitol dll
3. Gula modified atau ekstrak - sirap jagung, gula tebu,  dll
4. Pemanis semulajadi - brazzein, curculin, stevia, dll
5. Pemanis tiruan - aspartame, sucralose, saccharine, dll


Pemanis tiruan

Dari satu persatu dikeluarkan dan diluluskan tetapi sampai masa di sahkan tidak selamat digunakan.
(Maksudnya berbahaya untuk kesihatan sama macam gula biasa juga).
Bertukar lah dari satu jenis gula kepada gula yang lain lagi.

Dan dari banyak-banyak yang dicuba mula lah berkesan dengan pemanis semulajadi.
Akhirnya, ketemu juga yang betul-betul diinginkan dan selamat untuk kesihatan semua.

Untuk itu,
 saya cadangkan bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk menggantikan gula
anda pilihlah yang semulajadi kerana kita pun sedia maklum apa shj yang tiruan atau modified sememangnya tidak selamat. 
Ianya mengandungi bahan kimia.

Namun begitu, tak semua Indah Khabar dari Rupa.
Baca di sini.


No comments:

Post a Comment