Total Pageviews

Tuesday, December 23, 2014

SUCRALOSE RASA MACAM GULA TAPI BERACUN

Kenapa Sucralose rasa seperti gula?

Ini kerana sucralose dihasilkan daripada gula (Sucrose) secara proses kimia iaitu pengklorinan.

Di bawah ini adalah struktur bagi gula dan sucralose. Apakah perbezaan yang anda nampak?


Struktur Gula (Sucrose)



Struktur Sucralose

Dalam gambar di atas, 3 atom hidrogen digantikan dengan 3 atom klorin. 
Ini dinamakan proses pengklorinan.

Secara realiti, 
sucralose adalah sebatian racun perosak organoklorin yang sama dengan DDT, PCBs dan bahan-bahan bahaya lain.

Sucralose sememangnya terbukti bahaya.
Sanggupkah anda racun diri sendiri?
Tanya pada diri sendiri.

Wednesday, December 10, 2014

PEMBONGKARAN SUCRALOSE/IBU GULA/TEBU HITAM

Kenali Sucralose
Sucralose adalah gula kimia yang diproses melalui pengklorinan gula (Sucrose).
E number: E955
Nama Lain yang digunakan: Ibu gula, gula tiruan, gula tebu hitam, 
HS Code: 29321990, 2932900
Pengeluar:
1) US pengeluar pertama (Splenda)
     - 600 kali lebih manis dari gula

2) China pengeluar kedua 
     - 400 kali lebih manis dari gula


Bahaya Sucralose

  • Masalah gastrousus
  • Sawan, pening, migrain
  • Penglihatan kabur
  • Reaksi alahan
  • Peningkatan gula dalam darah dan berat badan
  • Ketoksikan
  • Kerosakan DNA
  • Meningkatkan potensi karsinogen apabila digunakan dalam masakan

Bagaimana pengeluar (Cth, P3 Sweetener, Rcc Sweetener, Pengganti Gula Anugerah dll) lakukan?
Hasilkan produk sendiri menggunakan sucralose tetapi menyembunyikan hakikat.
Caranya:
  1. Beli sucralose secara pukal dari China
  2. Larutkan dalam air.
  3. Tambah sedikit stevia/tebu hitam/penambah perisa.
  4. Kemudian botolkan untuk dipasarkan.

Nak tahu cara lagi murah?
Jika kita tidak kisah akan bahaya sucralose, boleh buat sendiri dirumah. Lagi murah.
Caranya: 
  • Beli sucralose dari China (Anggaran jika beli 10kg dapat RM200-RM350 per kg)
  • Larutkan dalam air dan kacau. Siap! (Nisbah rasa, 1kg sucralose = 4kg gula)
  • Jika nak jual pun boleh, beli botol dan botolkan. Siap untuk dijual!

Kenapa mereka tidak menjelaskan kandungan sebenar ada sucralose?
Jika dipaparkan perkataan Sucralose, orang ramai boleh tahu bila search di internet tentang kesan Sucralose. Bila tahu bahaya mesti orang ramai takut untuk membeli. Ini akan menjejaskan perniagaan mereka. INI REALITI SEKARANG!


KESIHATAN ANDA, ANDA TENTUKAN!

Monday, December 8, 2014

BAHAYA PEMANIS TIRUAN (SUCRALOSE)

Sebelum ini, saya ada post mengenai satu pengunjung di MAHA 2014 yang berkongsi pengalaman menggunakan produk pemanis dimana saya singgah di satu Booth.


Beliau bercerita bahawa sebelum ini ada menggunakan pemanis ini, kemudian selepas 6 bulan beliau mendapati kencing manis lagi tinggi. Dan dengan segera beliau berhenti menggunakan pemanis tersebut kerana takut memudaratkan lagi.

Pemanis yang dinyatakan adalah RCC ini.

Ini produk yang ditunjukkan
Jika benar apa yang dikongsikan saudara itu, mungkin akan ada lebih ramai lagi yang akan mengalami situasi yang sama.

Sepatutnya, pihak pengeluar perlu menyatakan dengan lebih jelas lagi status kandungan bahan yang digunakan supaya tidak merbahayakan pengguna. 
Sebagaimana yang dikongsikan dalam post sebelum ini, banyak produk pemanis memperdayakan pengguna..


BERWASPADALAH!
Kemungkinan produk yang anda guna sekarang mempunyai situasi yang sama.
Mungkin kesannya bukan sekarang tapi masa akan datang siapa tahu.

Thursday, November 13, 2014

ADAKAH SUCRALOSE SELAMAT ?

Sucralose adalah salah satu pemanis bukan nutrisi yang terdapat di pasaran. 
Namun, selepas pelbagai kajian dibuat Sucralose didapati mempunyai banyak kesan negatif kepada kesihatan manusia.


Apa yang perlu anda tahu ?

# Sucralose bukan tiada kalori tetapi disebabkan kemanisannya adalah 600 lebih manis daripada gula maka memerlukan sangat sedikit sahaja.

#  Proses kimia digunakan untuk menghasilkan Sucralose dari Sucrose dimana menjadikan Sucralose sebagai chlorocarbon (Toksid dan karsinogen).

# Chlorocarbon dalam Sucralose sama dengan pesticide (racun seranggan) seperti DDT.

# Sebanyak 15% Sucralose diserap oleh badan tetapi tidak dikenal pasti berapa jumlah klorin yang tertinggal dalam badan dan berapa yang dikeluarkan dari badan.

# Sucralose adalah bahaya kepada kesihatan 
(Klik di sini)




So, 
Adakah Sucralose selamat ?
Jawapannya adalah bergantung kepada individu.
Jika anda merasakan Sucralose selamat anda terus gunakan tetapi jika anda yakin Sucralose tidak selamat tinggalkan.


Tuesday, November 11, 2014

APAKAH KESAN PEMANIS TIRUAN KEPADA KANAK-KANAK ?

Generasi Anda (Gambar Contoh)

Adakah anda sayangkan anak-anak dan generasi anda ?
Jika ya, sebaiknya anda jauhi pemanis buatan atau tiruan dari sekarang..

KENAPA?

Kebiasaannya, kanak-kanak akan mengikut cara pemakanan org dewasa terutama ibu bapa.
Tetapi sebagai ibu bapa, salah satu matlamat pemakanan yang paling penting dalam masa terawal adalah untuk membentuk selera anak anda. 


Anda mahu anak anda lebih suka rasa manis semulajadi atau rasa kimia pemanis buatan ?
Pastinya Tidak bukan!

Jika anda berikan pemanis buatan atau tiruan di awal usia, 
apabila mereka membesar mereka berfikiran makanan mempunyai rasa seperti rasa kimia pemanis buatan dan menjadi kebiasaan untuk mereka.


Apa Kesan Sucralose (Pemanis Tiruan/Buatan) kepada kanak-kanak ?
~ Berisiko mengganggu neurologi kanak-kanak.
~ Lebih cenderung membangunkan gangguan mental dan fizikal.
~ Menambahkan berat badan kanak-kanak 


Kanak-kanak ini ibarat kain putih,
anda lah yang bakal mencorakkan kehidupan mereka.

Friday, November 7, 2014

JAUHI SUCRALOSE UNTUK MASA DEPAN

Sucralose merupakan antara pemanis yang berbahaya kepada kesihatan manusia. 
Pelbagai bentuk pemanis sucralose yang ada di pasaran sekarang. 
Tetapi, masih lagi ada segelintir yang tidak hiraukan akan kesannya.
Itu terpulang pada individu !

Apa kata sebelum anda membeli pemanis untuk diri dan keluarga anda,
Cuba baca dan tanya pada diri anda soalan di bawah ini :

ADAKAH ANDA MAHU....

# Mengelakkan sesuatu penyakit dan mengekalkan kesihatan yang baik pada tahun-tahun kemudian ?

# Menyelamatkan anak anda daripada keracunan secara perlahan dari toxin tersembunyi dalam makanan ?



# Berseronok bersama cucu cicit anda ?

# Menghindari gejala penyakit kesihatan yang tidak pasti yang menjadi persoalan kepada doktor anda?

# Memiliki keluarga bahagia dan sihat ?



Sebelum anda membuat keputusan fikirkan apa yang terbaik untuk masa akan datang.
Anda adalah penentu kepada 
Diri, Keluarga dan Generasi 

Jauhi Sucralose !


Monday, November 3, 2014

REALITI SUCRALOSE

Pengganti Gula

Sucralose adalah penambah rasa manis dalam makanan, minuman dan masakan. Sucralose merupakan pemanis tiruan yang terhasil melalui proses kimia.

Apa yang anda perlu tahu tentang Sucralose :

1. Pengeluar menyatakan Sucralose tidak metabolized dan tidak diserap dalam badan.
    tetapi realitinya Sucralose diserap dan dimetabolize di dalam badan.

2. Terdapat maklumat data farmakokinetik bagi haiwan dan manusia dari kesan sucralose tetapi tidak
    dapat mengagak berapa jumlah pengambilan oleh manusia secara realitinya.

3. Sucralose mengandungi klorin. Kebanyakan pengguna tidak kisah akan kehadiran klorin dalam
    sucralose kerana bagi mereka klorin di dalam sucralose dianggap sama seperti klorin dalam
    makanan lain. Tetapi, realitinya sucralose bukan semulajadi, ianya pemanis tiruan berkimia.  Isu
    ini tanya pada diri anda, adakah anda sanggup biarkan diri anda makan makanan berkimia?


Struktur Sucralose

4. Banyak kajian yang telah dijalankan ke atas sucralose. Terpulang kepada anda untuk membuat
    kesimpulan terdapat apa yang anda ambil.


** Pengganti gula Sucralose atau juga dikenali sebagai ibu gula/ E955/ Gula tiruan
** Di Malaysia, terdapat banyak pengeluar yang meletakkan sucralose dalam kandungan pemanis
     yang dihasilkan. Jadi, berhati-hati semasa membuat pilihan.
** Nak tahu boleh baca di sini.
 

Thursday, October 30, 2014

PEMANIS SEMULAJADI VS PEMANIS TIRUAN

Adakah anda tahu apakah pemanis yang anda gunakan di rumah ?
Dalam kategori mana gula yang digunakan ?
Semulajadi atau tiruan ?

Cuba anda check di dapur anda sekarang..

Jika ianya

SEMULAJADI
Anda di zon selamat !
Tetapi tidak semua semulajadi itu baik dan selamat untuk kesihatan.

Contohnya; 
Madu menghasilkan gula yang semulajadi tetapi kandungan kalori yang tinggi menyebabkan ia tidak selamat untuk diambil secara berterusan.

**Kategori gula sebenarnya dipecahkan kepada banyak bahagian. 


dan jika ianya

TIRUAN 
Anda mungkin merbahayakan diri anda sendiri.
Kenapa ?
Sebab nama pun tiruan, so untuk hasilkan pemanis tiruan ini pelbagai modification dilakukan supaya ianya TIADA KALORI, RASA SEPERTI GULA, LEBIH MANIS DARI GULA.

Contohnya;
Sucralose - dihasilkan dari sucrose secara kimia dengan penambahan atom klorin.


Jadi,
Mana satukah anda gunakan ?


Saya sharekan beberapa link yang boleh memberikan banyak lagi info tentang gula:



Sumber: Youtube

Monday, October 27, 2014

PEMANIS TIRUAN BAHAYA KEPADA KESIHATAN

Sepertimana yang kita semua tahu,
terlalu banyak produk gula yang ada sekarang untuk menggantikan gula.
Namun begitu, kebanyakannya juga sama sahaja kesannya dengan gula malah ada yang lagi bahaya.

Post saya sebelum ini ada kongsikan mengenai jenis gula (Klik link dibawah)


Dalam post kali ini saya kongsikan satu video dari youtube mengenai Bahaya Pemanis Tiruan..






Thursday, October 23, 2014

HELAH UNTUK TARIK PELANGGAN

Pernah tak anda perasan pada sesetengah packaging produk makanan ada perkataan
"No sugar", "Less sugar", "Sugar-Free"
dan banyak lagi istilah yang digunakan.
Biasanya bagi yang tengah menjaga kesihatan pasti akan menitikberatkan benda ini..

Anda nak tahu ?
Sebenarnya apa yang dinyatakan itu bukanlah 100% betul..


Ok, sebagai contoh:

No sugar / Sugar-free
Ini maksudnya product itu tidak mengandungi gula.
Memang tiada gula tapi mereka menggunakan gula tiruan, 
gula alkohol atau mana-mana pemanis selain gula.


Dietetic
Maksudnya produk itu tiada kalori.
Tapi tidak pula dinyatakan secara spesifik.

Natural product
Ini menunjukkan produk itu adalah dari bahan yang semelajadi.
Sebenarnya jumlah bahan semulajadi sedikit sahaja 
yang digunakan.


Banyak lagi sebenarnya istilah yang digunakan oleh pengeluar.
Mereka tidak menggunakan perkataan sebenar untuk menunjukkan Ingredients sebenar
Sebabnya untuk tarik perhatian pelanggan.

Ini pula contoh produk yang mengelirukan pengguna..

P3 Sweetener
Mereka menyatakan bahawa produk ini bukan stevia, bukan sucralose, bukan sintetik
Habis itu produk ini sucrose (Gula) ?
atau Modified sugar ?

Royal Sweetener

Produk ini pula dinyatakan bahawa dihasilkan dari ektrak stevia dan air RO.
Jika rasa pemanis ini sama seperti gula bukan rasa stevia.
Rasa stevia sangat pahit.
Saya tahu rasa stevia sebab saya sudah rasa semua produk pemanis
dalam atau dari luar negara.
Saya juga ada tanam stevia di rumah.


Ini adalah realiti,
Kita ada pilihan..
Dan pilihlah yang betul..

Wednesday, October 22, 2014

BANYAKNYA GULA BAHAYA!

Sejak betukar-tukar pengganti gula sebelum ini,
banyak juga la pengalaman merasa pelbagai jenis gula.
So, saya rasa  nak kongsikan pandangan saya mengenai produk2 pemanis tiruan yang ada skrg.

Pada mulanya, saya sama seperti anda semua guna gula biasa dalam seharian.
Ada suatu hari tu saya terbaca lah tentang effect pengambilan gula ni dalam satu artikel.
Ish, takut juga bila tahu tentang tu.

Then, saya mulakan lah misi saya..
hehe
Saya search apa alternatif boleh saya guna untuk gantikan gula.
Sepanjang misi saya tu, banyak juga lah info yang dapat. 
Rupanya ada banyak jenis gula.

Banyak sangat lau nak disenaraikan. 
Tapi saya boleh ringkaskan kpd kategori berikut:
1. Gula biasa
2. Gula alkohol
3. Gula modified
4. Pemanis semulajadi
5. Pemanis tiruan

Setiap satunya pula mempunyai banyak jenis gula lagi.
Sebagai contohnya:
1. Gula biasa - dextrose, fructose, glucose, sucrose dll
2. Gula alkohol - xylitol, sorbitol, mannitol dll
3. Gula modified atau ekstrak - sirap jagung, gula tebu,  dll
4. Pemanis semulajadi - brazzein, curculin, stevia, dll
5. Pemanis tiruan - aspartame, sucralose, saccharine, dll


Pemanis tiruan

Dari satu persatu dikeluarkan dan diluluskan tetapi sampai masa di sahkan tidak selamat digunakan.
(Maksudnya berbahaya untuk kesihatan sama macam gula biasa juga).
Bertukar lah dari satu jenis gula kepada gula yang lain lagi.

Dan dari banyak-banyak yang dicuba mula lah berkesan dengan pemanis semulajadi.
Akhirnya, ketemu juga yang betul-betul diinginkan dan selamat untuk kesihatan semua.

Untuk itu,
 saya cadangkan bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk menggantikan gula
anda pilihlah yang semulajadi kerana kita pun sedia maklum apa shj yang tiruan atau modified sememangnya tidak selamat. 
Ianya mengandungi bahan kimia.

Namun begitu, tak semua Indah Khabar dari Rupa.
Baca di sini.


Wednesday, October 15, 2014

JANGAN AMBIL MUDAH !

Sebelum ini saya ada sharekan mengenai kandungan gula dalam beberapa jenis makanan..
Adakah anda sudah kira berapa banyak kandungan gula yang anda ambil dalam sehari ?

Banyak atau sedikit jangan ambil mudah !



Kenapa ?

Sebabnya gula yang diambil itu boleh membahayakan kesihatan anda.

(Boleh rujuk sini)

Tapi perlu juga berhati-hati !

Sekarang pengganti gula dengan stevia makin popular di pasaran. 
Namun, bukan semua pengganti gula yang ada adalah betul-betul 100% dari stevia.
Ada produk yang menggunakan nama stevia tetapi kandungannya jauh sekali beza rasanya dengan stevia. Kandungan stevia ditambah dengan sucralose dan dinamakan produk stevia.
Pelik tapi itulah realitinya..

BERHATI-HATI !

Bagaimana membezakan stevia dan sucralose ?
Stevia mempunyai rasa agak pahit dan kurang enak berbanding gula/sucralose.

Jika anda rasa produk stevia tapi rasanya manis seperti gula maknanya itu bukan stevia.
Itu adalah sucralose.

Sekali lagi Peringatan !!

Thursday, October 9, 2014

BERAPA BANYAK GULA YANG ANDA AMBIL SEHARI ?

GULA ? 
Semua tahu apa itu gula. 
 
Hampir semua masakan, makanan dan minuman mengandungi gula.
Dan semua sedia akan kesan pengambilan gula berlebihan.
Tetapi, 

Di Malaysia gula tetap menjadi pilihan dalam masakan mahupun minuman.
Sudah menjadi kebiasaan.

BERAPAKAH SUKATAN GULA ANDA AMBIL UNTUK SEHARI ?

Mengikut sumber pakar, maksimum pengambilan gula yang perlu diambil sehari adalah:
# Lelaki - 150 kalori/hari (37.5 gram atau 9 sudu teh gula)
# Wanita - 100 kalori/hari (25 gram atau 6 sudu teh gula)


Berikut adalah nilai sukatan gula dalam makanan dan minuman.
Anda boleh kira berapa banyak gula yang anda ambil..

GULA DALAM COKLAT BAR:
* Sukatan = sudu teh gula

Mengandungi gula yang sangat tinggi
  • Milk chocolate bar (44g) - 5.75
  • Snickers bar (57g) - 7 
  • Milky Way bar (58g) - 8.5
  • Marshmallows (100g) - 14.5 
  • Caramel piece (10g) - 1.7 
  • Butterfinger bar (60g) - 6.9
  • Dove chocolate bar (37g) - 5
  • Starburst packet (45 grams) - 5.5
  • Twix bar - 2.75 
  • M&Ms packet (45 grams) - 5.75 
  • Boiled sweets bag (100 grams) - 11.5 

GULA DALAM MINUMAN RINGAN:
* Sukatan = sudu teh gula

Coca cola mengandungi 7 sudu teh gula
  • Coca cola (1 tin) - 7 
  • Red Bull (1 tin) - 7.5 
  • Lemonade (1 gelas) - 5.5
  • Orange squash (1 gelas) - 2.5 
  • Hot chocolate (1 cawan) - 4.5 
  • Fruit smoothie (1 gelas) - 3.5

GULA DALAM BUAH-BUAHAN:
*Sukatan = sudu teh gula (per 100g)

Buah-buahan mengandungi sejenis gula fructose.
  • Mangga - 3.2 
  • Pisang - 3 
  • Epal - 2.6 
  • Nanas - 2.5 
  • Anggur - 4 
  • Lemon - 0.6 
  • Buah kiwi - 2.3 
  • Aprikot - 2.3 
  • Strawberi - 1.3 
  • Raspberi - 1
  • Blueberry - 1.7 
  • Cranberry - 1 
  • Tomato - 0.7 

GULA DALAM PENCUCI MULUT:
*Sukatan = sudu teh gula

Satu Bahagian kecil mengandugi lebih dari 2 sudu teh gula
  • Pai Banoffee (1 bahagian medium) - 4.25 
  • Kek lobak merah (1 keping medium) - 3 
  • Custard (1 bahagian medium) - 3.25 
  • Chocolate mousse (1 bahagian medium) - 3 
  • Cornetto (1 kon) - 3 
  • Donut (1 jem donat) - 3.5 
  • Pai buah-buahan (1 bahagian medium) - 3.5 
  • Kek buah-buahan (1 keping medium) - 5  
  • Muffin (satu cip coklat muffin) - 4.75
  • Ais krim (1 sudu) - 3  
  • Puding beras (1 bahagian) - 3.75 
  • Kek span (1 keping sederhana) - 5.5 
  • Swiss Roll (1 roll) - 2.5

Adakah anda sudah tahu berapa jumlah gula anda dalam sehari ?
Lebih atau kurang ?
Kalau kurang masih lagi ok dan kalau lebih perlu dikawal dari sekarang.

Atau jika masih lagi sukakan manis cari alternatif lain yang lebih selamat.

Sekian~

Thursday, October 2, 2014

APA BEZA SUCROSE, SUCRALOSE & CAN SUGAR ?

Banyak info tentang gula yang belum kita ketahui kan...
Melalui blog ini anda secara tidak lansung akan menambah pengetahuan tentang gula, keperluan seharian kita.

Entry kali ini saya kongsikan perbezaan pemanis 
Sucrose, Sucralose dan Can Sugar (Gula tebu)

Ini hasil daripada ape yang saya dapat selama kajian dibuat....




Apa yang dapat disimpulkan ?
Gula tebu, Sucrose dan Sucralose tidak banyak beza.

Tapi, apa yang membimbangkan
semuanya kesan hampir sama dari aspek kesihatan.

Gula tebu = Sucrose = Sucralose

Dan ini adalah contoh produk yang ada di pasaran yang pernah saya cuba dahulunya yang mengandungi kesemua bahan di atas:

Harap apa yang dikongsikan dalam entry kali ini memberikan manfaat kepada semua..

Monday, September 29, 2014

ADAKAH GULA TEBU (SUCROSE) SELAMAT ?

Banyak information yang telah saya kongsikan dalam entry sebelum ini seperti:


Dan dari apa yang telah diselidik,
 memang terbukti Sucrose (Gula Ekstrak Tebu/Ibu Gula/Gula tiruan) adalah tidak selamat
 disebabkan kesan tidak baik kepada kesihatan.


Saya ada terbaca di satu web yang menerangkan setiap jenis gula yang ada
Anda boleh baca di sini !

Saya serta kan sedikit gambar dari web itu..
Ini hasilnya..

Jenis-Jenis Gula
Cane Sugar atau Gula Tebu adalah Sucrose 
dan 
Sucrose (Gula) memberikan banyak kesan negatif kepada kesihatan bukan..

Banyak lagi info yang boleh anda baca. Di sini saya sharekan beberapa link:
http://forum.bodybuilding.com/showthread.php?t=113519701

Selamat Menuntut Ilmu
untuk Kesihatan ~

Wednesday, September 24, 2014

ROCKET FUEL DARI SUCROSE & SUCRALOSE !

Seperti mana yang diketahui, 
Sucrose (Gula) dan Sucralose (Ibu gula/Gula Tiruan) 
adalah bahaya untuk kesihatan.
[ Dalam post "Sucrose vs Sucralose" ]

Apa nak dikongsikan hari ini ?
Saya terjumpa satu video yang menarik 
yang mana memberikan satu penjelasan yang agak senang untuk difahami

Dalam video tersebut, 
perbezaan antara Sucralose dan Sucrose (Gula) ditunjukkan secara praktikal
dari segi kebolehan keduanya dijadikan sebagai "Rocket Fuel".

Dan terbukti 
Pemanis Tiruan (Sucralose) memberikan kesan sbg "Rocket Fule" yang lebih tinggi
berbanding Sucrose (Gula)..
Boleh saksikan dalam video ini untuk lebih details~


Apa anda rasa bile tengok video ini ?
Seperti kita membakar diri sendiri jika ambil Sucrose (Gula) dan Sucralose (Ibu Gula/Gula Tiruan)..

Jangan biarkan diri sendiri sebegitu~
Lakukan perubahan sekarang..

Monday, September 22, 2014

GULA EKSTRAK TEBU

Selamat Tengahari,

Hari ini kita akan berkongsi ilmu tentang Gula Ekstrak tebu.
Dalam entry sebelum ini, saya ada share tentang Sucrose vs Sucralose !

Dan hari ini kita pergi lebih lanjut ke arah Sucrose pula. 

APA ITU SUCROSE ?

Seperti mana telah diterangkan dalam Sucrose vs Sucralose sebelum ini, sucrose adalah gula yang terhasil dari ekstrak tebu atau beet. Sucrose terdiri daripada kira-kira setengah glukosa dan fruktosa.


BAGAIMANA SUCROSE DIHASILKAN ?

Terdapat pelbagai jenis gula sucrose antaranya :
  • Gula mentah pasir, pepejal, atau kasar. Ia adalah berwarna perang. Gula mentah adalah sebahagian pepejal yang terhasil apabila cecair daripada jus tebu disejat. 
  • Gula perang diperbuat daripada kristal gula yang diperolehi dari sirap pekat. 
  • Gula Serbuk adalah gula yang dikisar halus dari sucrose. 
  • Gula Turbinado adalah gula tidak bertapis yang diperbuat daripada jus tebu.
Pelbagai Jenis Gula

ADAKAH GULA SUCROSE TIADA KALORI ?

Tidak, gula sucrose masih lagi mengandungi kalori.


ADAKAH SUCROSE SAMA DENGAN SUCRALOSE ?

Tidak sama kerana Sucralose mengandungi atom klorin dalam strukturnya. Tetapi hakikatnya, sucralose berasal dari sucrose. Sucralose adalah gula modified supaya ianya tiada kalori. 


Setakat ini untuk hari ini ~
Nantikan lagi info di next entry ~

Thursday, September 18, 2014

JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN PEMANIS TIRUAN

Untuk tahu lebih lanjut, video ini menceritakan hakikat sebenar disebalik sucralose (ibu gula/gula tiruan/E955) atau pemanis tiruan. 
Jangan mudah terpedaya dengan tagline atau pernyataan yang dinyatakan.
Mengapa perlu pilih yang tiruan sedangkan yang semulajadi lebih selamat ?
Fikir-fikirkan ~

Friday, September 12, 2014

SUCROSE VS SUCRALOSE

Apakah Sucrose ?

Sucrose atau Gula adalah karbohidrat yang berlaku secara semula jadi dalam setiap buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia adalah produk utama fotosintesis, proses di mana tumbuhan mengubah tenaga matahari ke dalam makanan.

Sucrose (Gula) berlaku dalam kuantiti yang besar dalam gula tebu dan gula bit dari mana ia dipisahkan untuk kegunaan komersil.

Tebu yang menghasilkan Sucrose (Gula)

Apakah Sucralose ?

Sucralose adalah pemanis tiruan yang diperbuat daripada sucrose (Gula).

Semasa pembuatannya, molekul gula ditukar secara kimia dengan menukarkan atom klorin untuk kumpulan hidroksil, iaitu, oksigen dan sepasang hidrogen.

Hasilnya: tiada kalori, kerana ia tidak dicerna. Walaupun begitu, sucralose adalah 600 kali lebih manis daripada gula.


Sucrose & Sucralose Bahaya


Seperti mana yang diketahui bahawa sucrose (Gula) adalah makanan yang tidak berkhasiat serta boleh mengakibatkan pelbagai penyakit.

Sama juga Sucralose. Walaupun tiada kalori malah ianya memberikan pelbagai kesan tidak baik untuk kesihatan.

Untuk tahu lebih lanjut tentang bahaya sucralose boleh klik di sini :
Kenapa Sucralose Bahaya ?
The Dangers of Sucralose

Thursday, September 11, 2014

BAHAYA GULA & SUCRALOSE

Gula adalah makanan yang tidak berkhasiat dan boleh memudaratkan kesihatan.

Sucralose adalah gula kimia dimana ianya terhasil melalui proses penambahan atom klorin ke dalam molekul gula (sucrose).

Untuk lebih info boleh baca di blog blog ini ~

BAHAYA GULA

Pelbagai jenis gula
Gula memainkan peranan penting bagi rakyat Malaysia kerana kebanyakan masakan atau minuman yang dihasilkan pasti akan menggunakan gula sama ada dalam jumlah sedikit atau banyak.

Kuih Donat


Semua tahu akan Bahaya Gula !

Contoh keratan akhbar tentang kesan gula

Kesan gula berlebihan
Adakah anda sudah bertukar kepada alternatif yang lebih selamat ?

Boleh mulakan dari sekarang sebelum terlambat.

"Kekal Sihat Tanpa Gula"

LAGI INFO BAHAYA SUCRALOSE

Nak tahu lagi info tentang sucralose ?
Tonton video ini..



Sumber : Youtube

Moga perkongsian ini memberikan banyak info kepada anda ~

Tuesday, September 2, 2014

BEZA STEVIA & SUCRALOSE

Produk Stevia 

Saya sudah pun mencuba semua stevia ini. Dan saya bandingkan dengan rasa dari daun stevia yang saya tanam sendiri.


Nama produk (Mengikut susunan):
1. Dr.Sweet SureVia
2. Nature Sweet
3. Greenlite Premium
4. Equal Stevia
5. Truvia
6. PureVia
7. NatVia
8. EverSweet
9. Canderel Green with Stevia
10. Dr.Sweet Stevia Drops


Rasa : Tidak sama seperti gula. Rasa agak pahit.
Paling baik : Dr.Sweet - BERPATUTAN DAN BERMANFAAT KEPADA KESIHATAN !

*Saya sudah cuba dan memang Dr.Sweet cadangan saya sebab kualiti, harga dan rasanya lebih baik dari yang lain.


Produk Sucralose

Saya juga sudah pun mencuba semua yang ini.




1. Pengganti Gula Anugerah
2. RCC Royal Sweetener
3. Professor 1 Drop Sweetener
4. Purasweet
5. JL3 Premium
6. SureSweet
7. Treasure Drop
8. Amross Sweetener







Rasa : Semua sama. Rasa seperti gula.
Hakikatnya : Ini SUCRALOSE !
Penerangan :
  • Produk No. 1,4 & 7 - Jelas kandungan ada SUCRALOSE pada kotak.
  • Produk No. 2 - Dari stevia tetapi rasa sama seperti yang lain. Maksudnya, SUCRALOSE.
  • Produk No. 3,5,6 & 8 - Tiada perkataan SUCRALOSE pada kotak (Takut nak letak sucralose).
Persamaan Produk1 - 8 :

  • Kilang sama bertempat di Johor tapi di jenamakan dengan nama berbeza-beza. 
  • Ada satu kilang di Johor yang mengeluarkan produk sucralose dari China.

Sekian untuk hari ini~

Thursday, August 28, 2014

BERHATI-HATI DGN PEMANIS SUCRALOSE !

Entry kali ini berkisr tentang kemusykilan dari produk pemanis pengganti gula.

Ini adalah contoh dari beberapa produk.


Contoh 1
Ini adalah label yang tertera pada kotak pembungkusan produk Pengganti Gula Anugerah. Cuba perhatikan apa yang ditulis ?

Perkataan sucralose bukan. Ini menunjukkan produk ini mengandungi sucralose. 

Bagi yang belum tahu apa itu sucralose boleh baca di sini


Contoh 2
Ini maklumat pada botol RCC Sweetener, produk gula dari stevia. 
Stevia adalah tumbuhan semulajadi yang baik digunakan sebagai pengganti gula tetapi apa bezanya produk ini ?

Pada label ada tak nampak tulis alamat tempat pembuatan ?
TIADA !

Cuba anda fikirkan,
Produk ini menyatakan ianya dihasilkan menggunakan teknologi nano
tapi dimana dihasilkan ?

Anda boleh renungkan dan selamat membuat pilihan ~

Ini saja untuk hari ini..
Jumpa next entry !

Sunday, August 24, 2014

KENAPA PERLU JAUHI SUCRALOSE ?

Pernah tak guna semua ini??
Pengganti Gula


Kalau pernah sebaiknya STOP sekarang sebabnya semua ini adalah SUCRALOSE/IBU GULA/E955/GULA TIRUAN.

SANGAT BAHAYA !

Nak tahu kenapa sucralose bahaya?
Tengok video ini.


Sumber dari http://drstevia.blogspot.com/2014/07/reasons-to-avoid-artificial-sweeteners.html

Monday, August 18, 2014

KENAPA PILIH STEVIA ?

Sucralose vs Stevia?

Stevia atau Sucralose
Persamaan antara Stevia dan Sucralose (Ibu gula/ gula tiruan/ E955) ialah kedua-duanya tiada kalori dan berkali ganda lebih manis daripada gula asal. Namun begitu, keduanya juga mempunyai banyak perbezaan.
Mari kita tengok apa perbezaannya !

Sucralose

Sucralose adalah bahan yang benar-benar tiruan yang dihasilkan dan dibuat dengan menambah tiga atom klorin dalam molekul sukrosa (gula). Proses pembuatan melibatkan penggunaan banyak bahan kimia, termasuk trityl klorida, anhidrida asetik, thionyl klorida dengan kehadiran dimethylformamide, 4-methylmorpholine dan metil isobutil keton. Produk akhir, sucralose, adalah chlorocarbon kimia buatan manusia yang mempunyai rasa yang manis.

Antara kesan selepas pengambilan sucralose adalah:

  • Ruam kulit
  • Sesak nafas
  • Bersin
  • Bengkak
  • sakit kepala
  • kembung
  • mual
  • sakit sendi
  • kebimbangan
  • kemurungan



Stevia

Stevia (Stevia rebaudiana) merupakan tumbuhan asli kepada Paraguay dan Brazil, walaupun ia mudah tumbuh di banyak kawasan di dunia. Ia telah digunakan untuk rasa manis selama berabad-abad dan merupakan herba perubatan tradisional untuk gangguan obesiti dan gula darah. Stevia adalah 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula, tidak mempengaruhi paras glukosa darah dan dianggap selamat untuk pesakit kencing manis.

Berdasarkan kajian,  selain menghasilkan rasa mani stevia juga memberikan pelbagai manfaat kesihatan antaranya:

  • Mengurangkan gula darah pada pesakit dengan diabetes jenis 2
  • Meningkatkan rintangan insulin, tindakan anti-radang dan imun sokongan. 
  • Boleh didapati sebagai diet tambahan 
  • Antioksidan dan melindungi hati serta buah pinggang daripada kerosakan 
  • Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk, termasuk keseluruhan daun (hijau), ekstrak cecair (coklat) dan serbuk (putih).

Berdasarkan keterangan berikut, dapat dirumuskan bahawa Stevia adalah pilihan yang terbaik untuk dijadikan sebagai pemanis pengganti gula kerana sifat semulajadinya yang asli manis dan juga memberikan kesan yang positif kepada pengguna.

Jadi,

Pilihlah Stevia pengganti gula anda !

Gula Stevia

Wednesday, August 13, 2014

PILIHAN TEPAT?

KESIHATAN berkait rapat dengan KEHIDUPAN
Ini kerana
Kesihatan adalah sangat penting bagi seseorang itu untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
Kesihatan yang baik bermula dengan pengambilan makanan yang baik.
Elakkan pengambilan makanan yang tidak baik sebagaimana gambar di bawah ini

Pemanis Tiruan yang mengandungi Sucralose
ATAU

Stevia Drop semulajadi dari daun stevia

Pemanis adalah antara elemen penting dalam suatu makanan atau minuman 
Pemanis tiruan ini bahaya untuk kesihatan disebabkan kandungan sucralose yang ada di dalamnya
Namun begitu, pengeluar tidak menyatakan dengan terperinci pada senarai kandungan..

Kenapa tidak nyatakan?
Sedangkan sebagai pengeluar, mereka perlu menyatakan dengan jelas setiap isi kandungan setiap produk untuk memberitahu pengguna. Dan sebagai pengguna kita mempunyai hak untuk mengetahui setiap isi kandungan produk yang kita guna.

Adakah anda rasakan sudah membuat satu pilihan yang tepat untuk kesihatan anda?
Sebagai pengguna kita perlu memilih yang terbaik untuk diri kita.
Jadi, saya cadangkan seeloknya tukar produk anda kepada produk yang lebih selamat dan semulajadi..
Anda yang tentukan untuk diri anda.

Monday, August 11, 2014

INFO BAHAYA SIRAP JAGUNG FRUKTOSA TINGGI

Sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) adalah sejenis bahan pemanis yang diproses secara menyeluruh dari jagung ubahsuai genetik. Ia kebanyakannya diimport dari Amerika kerana Amerika merupakan pengeluar dan pengeksport HFCS terbesar di dunia.

Ia bukan saja untuk kegunaan makanan manusia dan haiwan malah terdapat dalam hampir semua produk kegunaan seharian seperti minyak enjin, gris, cat,
 pelekat, plastik, minyak wangi, bateri, peluru, bahan peletup dan banyak lagi yang tidak boleh anda bayangkan. Jagung yang digunakan juga bukan dari spesis jagung yang boleh dimakan manusia tetapi diproses terlebih dahulu.


HFCS sepatutnya disenaraikan dalam senarai teratas sekali sebagai kandungan bahan makanan yang merbahaya kerana ia tiada serat dan mengubah sifat glukos kepada fruktos yang lebih manis. Ia juga mengandungi kalori yang tinggi. Ia lebih murah dari gula tebu, kerana itu ia digunakan secara meluas sebagai menggantikan gula dalam banyak produk makanan. Tanpa serat dan nutrien semulajadi, ia terserap terus ke dalam darah. Kesan negatif antaranya menyah-nutrien dari tubuh. Ia menyebabkan obesiti dan menambah rasa lapar.

Bagaimana ia membuatkan anda lapar? Sirap jagung menghalang pengeluaran leptin protin yang memberi isyarat kepada otak bahawa anda berasa kenyang. Pada masa yang sama, ia tidak mengeluarkan ghrelin - unsur yang memberitahu bahawa anda sedang lapar. Akhirnya, anda makan secara berterusan. Ia memberi faedah kepada pengeluar makanan dengan menjual produk tanpa had.

Pada kajian yang lain, HFCS merosakkan tisu dan menyumbang kepada diabetes. Setin minuman mengandungi sekurang-kurangnya 5 kali ganda pemanis dari gula tebu. Dalam kebanyakan produk, pengusaha menyembunyikan istilah HFCS disebalik nama sirap jagung, pemanis semulajadi, sirap glukosa, fruktosa, fruktos buah-buahan, sukrosa, pekatan jus buah-buahan, pemanis jagung atau dekstrosa.



Kenapa Sirap Jagung Fruktosa Tinggi bahaya:
  •       Risiko Besar Kenaikan Berat Badan dan Obesiti – Kajian daripada Princeton University mendapati tikus yang diberi makan HFCS naik lemak sebanyak 300% lebih cepat berbanding yang diberi makan sama (atau lebih sedikit) hidangan gula buah-buahan.
  •       Meningkatkan risiko pembangunan Diabetes Type-2 – Penggunaan HFCS boleh membawa kepada peningkatan besar dalam kemungkinan mendapat diabetes.
  •       Tekanan Darah Tinggi dan Meningkatkan Tahp Kolesterol “Tidak Baik” – HFCS bukan sahaja membuat lemak badan tetapi juga lemak jantung. Ini akan menyebabkan plak arteri terbina dan membawa kepada masalah jantung termasuklah tekanan darah tinggi, sakit jantung dan juga strok.
  •        Sirap Jagung Berfruktosa Tinggi dan Kerosakan Hati – Hati, buah hempedu dan buah pinggang memproses HFCS. Dan ia terutama merosakkan hati anda.
  •       Pendedahan Mercury dari HFCS – Pendedahan Mercury boleh menyebabkan otak tidak dapat dipulihkan dan kerosakan sistem saraf.

Thursday, August 7, 2014

KEBAIKAN STEVIA

Stevia adalah pokok renek Afrika Selatan yang berasal dari Paraguay yang mana daunnya digunakan sebagai pemanis lebih daripada seribu tahun oleh masyarakat Guarani Indian.

Pokok stevia
Bahan utama dalam stevia adalah Stevioside dan Rebaudioside, dan kedua-dua bahan mempunyai banyak manfaat, yang sering dikaitkan dengan kalori bebas dan potensi kemanisan yang tinggi berbanding gula.

Antara kelebihan stevia adalah:

  • Mempunyai sifar kalori
  • Bukan toksik 
  • Karbohidrat sifar  
  • Memberi manfaat untuk penyakit kencing manis, obesiti, tekanan darah tinggi, kaviti gigi, dan tidak menimbulkan hiperglisemia 
  • Ia adalah semula jadi, alternatif yang sihat untuk semua gula dan pemanis kimia seperti aspartame dan sakarin.

Maknanya, sekarang kita boleh menukar produk gula kita kepada gula stevia yg mana lebih SELAMAT berbanding pemanis tiruan/sucralose/ibu gula. Walaupun rasa stevia tidak sama seperti gula tapi ianya tidak memudaratkan pengguna.

Lagipun produk dari stevia lebih MURAH berbanding produk pemanis tiruan yang lain. 

Elakkan penggunaan sucralose demi masa depan generasi akan datang. 

"Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati".